Monday 27 May 2019

Al-Imran Ayat 149


Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 149:

Ringkasan tafsir;
Turun ayat ini apabila Mukmin mendapat kekalahan dalam Uhud, dan orang-orang munafik beserta golongan Yahudi dan Nasrani yang gemar membuat fitnah telah mengambil kesempatan menghasut Mukmin supaya kembali kepada agama asal mereka kerana mereka berkata, kalau benar Muhammad utusan Allah tiadalah ia tewas sebagaimana dialaminya oleh itu lebih baik kembali sajalah kepada kawan-kawan kamu untuk memasuki agama kamu yang terdahulu. (lihat ayat 4.3.146)

Tujuan mereka orang munafik berserta dengan sebahagian Yahudi dan Nasrani menghasut orang mukmin supaya mereka kembali kepada kufur. Oleh itu Allah telah menegah orang mukmin mengikuti ajakan mereka itu dan jangan terpedaya oleh hasutan mereka supaya tidak menjadi orang rugi dbelakang hari dan rugi didunia disebabkan tunduk dengan pengaruh orang kufur dan rugi pula diakhirat kerana akan dimasuk kedalam neraka.
Dan Allah menambah pula dalam ayat dibawah (4.3.150).


.

[previous][Next][Home} 
.
Rujukan sumber, 

Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 131~150,
[GS] https://sites.google.com/site/cyberespionagespy/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8