Saturday 6 August 2016

Surah AlBaqarah (215)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 215:
 
Ringkasan tafsir;
Ayat ini ditujukan kepada orang kaya hartawan dan kepada siapa sebahagian harta mereka yang perlu dibelanjakan (nafkah, sedekah atau derma ikhlas). Maka hendaklah membelanjakan sebahagian peratus dari harta mereka kepada yang didahulukan diberi keutamaan;
1. Kedua ibu bapa.
2. Keluarga yang terdekat (anak yang sudah berumah tangga/saudara mara).
3. Anak yatim.
4. Orang meskin disekitar kekeliling rumah/kampung mereka.
5. Penggembara orang berjalan jauh bagi tujuan kerana Allah.
6. Selepas itu barulah lihat kepada yang lain selain daripada diatas.

Demikianlah susunan mertabat yang perlu didahulukan yang mesti diberi keutamaan, mudah-mudah kelak Allah akan memberi balasan baik kepada mereka.

Adapun zakat/sedekah kepada fakir dan hamba yang menuntut kemerdekaan pula adalah terkandung pada ayat lain yang jelas maksudnya



[Previous] [Next]
.
Sumber
Terjemahan Surah 2, Ayat 211~220,
[GS]  
https://t.co/g9bZwHKHDa
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr   
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/113815510596162717607/posts/aM6fKgp14nn






.